Friday, February 18, 2011

extend!




Resuming Studies in Manchester Program (Last Update)

Dear All,
according to the Dean's official letter to the Malaysian Embassy, studies in manchester program will be resumed on Saturday 5/3 so: semesters 6, 7, 9, 10 will start on saturday 5/3
semester 2 will start on monday 14/3
semester 4 will start on wednesday 16/3
(I will try to push the starting date for semester 2 and 4 week earlier if possible)

please spread the new update to all your colleagues

Dr. Dalia

.
.
.

huhhhhhhhh~sudah penat dengan any updates dari University
dari 19/2..tukar ke 5/3..lepas tu 16 March pulak
ape kate extend je satu sem.HAHAHA
adakah kami akan raya puasa di Egypt?
oh noooooo~
and we'll die in the heat of summer then.aigoooo -.- 

ape ape pon,saye tetap tggu kata magika dari KPT dan MARA.hahahaha 
duta pon kate egypt masih belum selamat -,-




farah,please take note :P

wslm

Thursday, February 10, 2011

Malaysia :)


salam 'alayk


alhamdulillah,currently in Malaysia
musibah ini satu proses pentarbiyahan diri
oh,yeaa..masih lemah rupanya ye~masih belum ada ketahanan diri
perjalanan dari Mansurah-Alexandria-Jeddah amat menduga kesabaran
kami trip pelajar terakhir yang dipindah keluar dari Mesir
memandangkan Mansurah tidak "seteruk mana" kan
perjalanan kami ke Iskandariah hanya mengambil masa dua jam berbanding trip pertama dari Mansurah yang mengambil masa 5jam ,perjalanan mereka di sekat oleh tentera dan orang awam yang bersenjatakan senapang dan parang..


selamat tinggal Mansoura

***

tiga hari terkandas di Bangunan Mara Iskandariah dengan ribuan pelajar lain
dengan badan yang kurang sihat.uhhhhhhhhh T_T
semuanya perlu bersederhana
malam ke-dua tidak tidur semalaman krn perlu siapkan diri untuk berlepas ke Jeddah
kereta kebal jadi santapann sepanjang perjalanan ke Alexandria International Airport.huhu.

si kereta kebal yang comel berbanding kereta kebal Malaysia.hee

***
jam 6 pagi berlepas ke Jeddah dengan pesawat TUDM
sekali lagi di duga
tiga jam setengah berada dalam pesawat TUDM
bersila atas lantai Charlie dengan 188 pelajar lain..kalau boleh dah tamau naik Charlie lagi lepas ni.huuu
tapi nasib baik duduk di bahagian tepi bole la nak bersandar dekat head-cushion tu
sampai di Jeddah menunggu visa ziarah di siapkan , hampir 9 jam berada di Airport Jeddah
tapi Alhamdulillah,kami di bekalkan dengan makanan yang saaaaaaaangat sedap
tak tipu- 4 ketul ayam yang macam KFC tu dengan set yang lain :)

***

Charlieku sayang


stranded at Jeddah Airport

***

2 jam lebih perjalanan menuju ke asrama Tabung Haji@Madinatul Hujjaj
penat hanya Allah je yang tahu.
sampai di bilik terus bersihkan diri dan tidur dengan lenaaaaa nya denga perut kosong.
jam 11.30 malam bangun utk makan
sangat sedaaaaaaaaaaaaap makanan yang disediakan dekat Jeddah
sekali dua pack saye balun nasi malam tu~
memandangkan duduk sebilik dengan senior-senior perempuan yang pregnant dan ade yang sedang berpantang..
so,kami yang masih berselera anak gajah perlulah habiskan makanan tu sume kan kan~
sedih tgk makanan yang masih tak berusik tu.hee

Najlaa' Awatif si penghibur hati kami

***

next morning bertolak ke Jeddah Airport
6pm Jeddah time take off to Malaysia :) :)
alhamdulillah wa syukurlillah
perjalanan 8 jam di permudahkan olehNYA

selamat sampai di Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9 februari 2011@ 7.15am 
ketibaan disambut dengan linangan airmata Mak
Mak,i'm okay.gemuk je walaupun kena curfew~hehe

***
terima kasih atas doa semuanya ye
doakan sahabat-sahabat yang masih berada di sana
dan saudara kita di Mesir sana.semoga kemenangan milik mereka :)
terima kasih wahai abang-abang dan kakakku yang berhabis duit buat adikmu ini.hehe
semoga Allah murahkan rezeki kalian ye 
and of course million thanks to mak and ayah 

***

p/s : terima kasih sayangssss ku semua.tqvm hannan and syelleq yang bertandang ke Acacia,rindu yang lain .sob sobbb :(



Jeddah teramat-sangat-terik dan panas




wassalam :)

Friday, February 4, 2011

seminggu pergolakan


salam 'alayk

hm,baru ade mood nak update,
hari ini bakal ada lagi rusuhan besar-besaran
dijangkakan seramai 8juta rakyat Mesir akan berkumpul
allah :(

seminggu berkurung di dalam rumah -curfew-
tak kemana,sbb imarah ni takde ikhwah
dan imarah kami paling dekat dengan Gala' Street
bunyi tembakan memang kedengaran
*err.geram dengan segelintir manusia yang buat spekulasi*
mai dtg dok imarah kami la
takkan la kami nak tipu kot..
tak semua tempat sama penangan nye ye!
-,-

walaupun Mansoura ni tak lah seteruk di Cairo dan Alexandria
tapi penangan revolusi rakyat Mesir ni tetap jgak terkena di Mansoura
hari pertama selepas rusuhan Jumaat lepas, akan jadi kenangan paling "manis" buat kami :)
cuti musim sejuk yang paling terindah mungkin..
seakan hidup dalam zaman peperangan,hidup dalam kegelapan..
bermula dengan sekatan internet di seluruh Mesir,sistem telekomunikasi di terhadkan.tembak-menembak di sana sini,pengeluaran wang di mesin ATM di terhadkan,catuan makanan,pecah masuk rumah,pelajar Malaysia di tembak selepas pulang solat Isya' di masjid..dan 1000 banduan terlepas di Mansoura!dan  beberapa ribu lagi di Cairo.*banyak lagi yang terjadi,tapi tiada mood nk update*
memang terasa huru-hara,ditambah tiada keluarga di sisi,tiada ikhwah di blok imarah kami,jarak masakin Malizi yang jauh antara satu sama lain.
hanya dua' jadi  pedinding buat kami

***

buat teman-teman di muhafazah lain
terutamanya Cairo dan Alexandria
tabahkan hati
i.allah ade hikmahnya kita berada dalam situasi ni
*juga buat teman-teman di Tanta,Zagzig dan lain-lain*

***
buat semua yang mendoakan keselamatan kami
dan solat hajat yang di buat
terima kasih
jazakumullahu kheiran kathira
dan
terima kasih Ayah,Emak dan semua adik beradik yang sentiasa call setiap hari untuk bertanya keselamatan diri ini :)

***

doakan perjalanan kami ke Alexandria menuju ke Jeddah 4pagi waktu Mesir esok
dan sterusnya ke Malaysia.
semoga Allah mudahkan segalanya dan sentiasa dalam pemeliharaanNYA :)

wslm

p/s: grrrr.tolong lah jgn nak pertikaikan evakuasi kami di Mesir ni..11 000 orang  rakyat Malaysia yang nak di pindahkan tu bukan sedikit jumlahnya dan tiada pilih kasih oleh pihak kedutaan atau apa-apa!semua pelajar dilayan sama rata,tidak ada pun timbul isu perbezaan politik,pelajar tajaan tu semua..hg dok Malaysia toksah nak buat cerita mengarut buat orang jadik pening la!