salam 'alayk
hm,baru ade mood nak update,
hari ini bakal ada lagi rusuhan besar-besaran
dijangkakan seramai 8juta rakyat Mesir akan berkumpul
allah :(
seminggu berkurung di dalam rumah -curfew-
tak kemana,sbb imarah ni takde ikhwah
dan imarah kami paling dekat dengan Gala' Street
bunyi tembakan memang kedengaran
*err.geram dengan segelintir manusia yang buat spekulasi*
mai dtg dok imarah kami la
takkan la kami nak tipu kot..
tak semua tempat sama penangan nye ye!
-,-
walaupun Mansoura ni tak lah seteruk di Cairo dan Alexandria
tapi penangan revolusi rakyat Mesir ni tetap jgak terkena di Mansoura
hari pertama selepas rusuhan Jumaat lepas, akan jadi kenangan paling "manis" buat kami :)
cuti musim sejuk yang paling terindah mungkin..
seakan hidup dalam zaman peperangan,hidup dalam kegelapan..
bermula dengan sekatan internet di seluruh Mesir,sistem telekomunikasi di terhadkan.tembak-menembak di sana sini,pengeluaran wang di mesin ATM di terhadkan,catuan makanan,pecah masuk rumah,pelajar Malaysia di tembak selepas pulang solat Isya' di masjid..dan 1000 banduan terlepas di Mansoura!dan beberapa ribu lagi di Cairo.*banyak lagi yang terjadi,tapi tiada mood nk update*
memang terasa huru-hara,ditambah tiada keluarga di sisi,tiada ikhwah di blok imarah kami,jarak masakin Malizi yang jauh antara satu sama lain.
hanya dua' jadi pedinding buat kami
***
buat teman-teman di muhafazah lain
terutamanya Cairo dan Alexandria
tabahkan hati
i.allah ade hikmahnya kita berada dalam situasi ni
*juga buat teman-teman di Tanta,Zagzig dan lain-lain*
***
buat semua yang mendoakan keselamatan kami
dan solat hajat yang di buat
terima kasih
jazakumullahu kheiran kathira
dan
terima kasih Ayah,Emak dan semua adik beradik yang sentiasa call setiap hari untuk bertanya keselamatan diri ini :)
***
doakan perjalanan kami ke Alexandria menuju ke Jeddah 4pagi waktu Mesir esok
dan sterusnya ke Malaysia.
semoga Allah mudahkan segalanya dan sentiasa dalam pemeliharaanNYA :)
wslm
p/s: grrrr.tolong lah jgn nak pertikaikan evakuasi kami di Mesir ni..11 000 orang rakyat Malaysia yang nak di pindahkan tu bukan sedikit jumlahnya dan tiada pilih kasih oleh pihak kedutaan atau apa-apa!semua pelajar dilayan sama rata,tidak ada pun timbul isu perbezaan politik,pelajar tajaan tu semua..hg dok Malaysia toksah nak buat cerita mengarut buat orang jadik pening la!
1 comment:
oh yeah mmg ramai yg speku kat msia pasal evacuation...anyway cam sll alwiz in group...& keep us updated...
Post a Comment