Monday, March 5, 2012

mix all in one :)


Salam 3layk..

Hampir dua bulan rupanya saya tinggalkan belog ni tiada penunggu.hihi.Banyak hal yang menghalang hasrat hati untuk menulis,jika di ikutkan hati banyak yang nak di ungkapkan.*skema sungguh ayat*syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang di beri.Bermula dengan pengembaraan kami ke Berlin,Jerman pada cuti musim sejuk yang lepas..di beri peluang olehNya untuk bertemu mata denga ayah dan emak beribu-ribu kilometer jauh dari Malaysia,sungguh terubat segala kerinduan.Percutiaan yang memang tak dirancang :) InsyaAllah jika berkesempatan akan di patrikan memori-memori manis kami sepanjang di sana di dalam blog picisan ini.Tak kurang juga memori pahit kami bertiga apabila mendarat semula ke bumi Mesir.Sungguh pentarbiyahan Allah sangat unik,cantik dan luar jangkaan :) Beberapa hari tiba di Mesir saya dapat berita gembira dari bonda.Alhamdulillah,penantian yang telah lama kami tunggu.Semoga Allah jaganya dengan baik.Tak sabar! Tak sabar ! hihi ~


Seminggu kepulangan di Mesir, keputusan semester 5 di umumkan di laman web Universiti kami.Alhamdulillah,but i need to improve more.Memang keputusan itu setimpal dengan usaha sy yang sedikit *sungguh malu dengan Dia* ,syukur Allah masih beri peluang untuk diri yang leka ini :((( Tahniah buat yang lain,dan buat yang di beri ujian lebih sedikit dari kami,moga tidak putus asa.EnshaAllah rezeki kalian masih ada di hadapan.Strive for mumtaz!Mohon di panjangkan du'a buat kejayaan kami di sini lagi ya! :)))


Sedikit perkembangan diri ini,sudah 3 minggu di Semester 6.Rutin seharian turut berubah dari pada sebelum ini.Jika berkesempatan kami akan bangun seawal pagi yg boleh untuk buat sarapan dan lunch.*thrill bukan?ekekeke*So far kalau boleh kami akan bawa bekal ke kelas setiap pagi sbb kelas sampai ke petang setiap hari.Balik dari kelas perlukan tenaga untuk study pada malamnya pula.Itu pun jika tidak kalah pada nafsu tidur.hehehe.Oh ya,semester  kali ini perlukan kami bermain-main dan berimiginasi dengan si haiwan kecil,stool manusia(atas slide je.hehe) dan bermacam lagi.Saya jatuh cinta kadang-kadang. Kami juga  perlu  ke Hospital Universiti yang sesak untuk "bed teaching" dengan ratio 30 pelajar dengan seorang doktor.Oh Allah je tahu betapa seksa nak pasang telinga dan fahamkan bahasa sesetengah doktor yang masih pekat slang Mesir mereka. Tapi doktor semester kali ni ramai yang muda-muda dan cun,sedap mata memandang,bersemangat budak lelaki datang kelas.heheh~ 

today's bekal

dapat aiskrim asam boi masa MARA gathering haritu.hihi.jakuns
Sabtu lepas juga seharian kami bertentang mata dengan wakil delegasi pihak penaja kami,MARA yang datang dari Malaysia.Sedikit sebanyak memberi input dan motivasi buat kami yang berada jauh dari keluarga.Ingat senang nak bermujahadah bila dah jauh ni.hehe,Harapnya ada perubahan di dalam diri ini.Oh ya, minggu lepas juga kami berkesempatan menghadiri talk show I-medik bersama senior kami yang sudah pun menjawat jawatan sebagai HOD dan Pakar di bahagian O&G di salah sebuah Hospital Kerajaan di Malaysia.Sungguh saya kagum dengan semngat mereka. Terima kasih Mr.Faiz dan Mr.Hatta..EnshaAllah graduan dari Mansoura juga mampu sehebat graduan tempatan :p

cenderahati dari delegasi Msia.hihi.comel ^_^


Dan yang terakhirnya, syukur Alhamdulillah dengan kurniaan nikmat pinjaman 22 tahun di bumi Allah ini.Terima kasih buat semua yang mengirimkan du'a dari jauh dan dekat*ecewah wah wahhh* Jazakumulluhu khoiran kathira.Terima kasih buat teman ehly beit yg sudi buat seprais & hadiah buat saya-terharu gitewww-dan terima kasih yg memberi hadiah especially Along dan Angah.Untung la sapa jadik husband korang nnt.hehe.Moga umur ini diberkati dan Allah berikan segala kebaikan buat bonda dan ayahanda yang membesarkan kami..I LOVE YOU :)Till next post.Wish all of us best of luck.

my 22nd birthday cake.thanks Aisyah and Gee


tq Along dan Angah~suke sgt dapat munge neh.hek3

tq mates :)

wassalam





















p/s : Apologies for the awkward silence.
p/s/s : Any personal things please email to adieb_burn@yahoo.com.Please do not hesitate to contact me.Please do not leave any personal inquiry in my comment box.Tqvm :)

No comments: