i.allah,mlm ni..12mlm..
kami akan bertolak dari Mansoura
doakan perjalanan dan urusan kami dipermudahkan..
......
|
|
|
|
|
|
Doa Dan Adab Bermusafir
|
Mengucapkan takbir الله أكبر tiga kali tatkala menaiki kenderaan.
2. Membaca ayat 13 dari Surah Az-Zuhkruf :
{سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِين}
Bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang mengurniakan kepada kami kenderaan ini yang kami tidak sekali-kali mampu mengendalikannya ( jika tidak dengan pertolongan dan izin-Mu)”.
3. Seterusnya membaca doa musafir:
اللَّهُمَّ إنَّا نَسألُكَ فِي سفَرِنَا هَذَا البِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنْ العَمَلِ ما تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوّنْ عَلَيْنا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالخَلِيفَةُ في الأهْلِ. اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثآءِ السَّفَرِ وكآبَةِ المَنْظَرِ وَسُوءِ المُنْقَلَبِ في المَالِ والأهْلِ والوَلَدِ
Bermaksud “ Wahai Tuhan-ku,sesungguhnya kami memohon darimu segala kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini,dan segala amalan-amalan yang Engkau redhai,Wahai Tuhan-ku,permudahkanlah perjalanan ku ini dan dekatkanlah tempat yang jauh tersebut,Wahai Tuhan-ku,engkaulah penjaga dan penolong-ku dalam perjalananku dan tempat kami menyerahkan urusan keluarga kami.Wahai Tuhan-ku,aku mohon perlindungan-Mu dari kesusahan dalam perjalanan ini,kegelisahan diri dan kesudahan yang buruk pada harta,ahli dan anak.
4. Seterusnya membaca ayat 85 dari Surah Al-Qasas:
{إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ}
Bermaksud: “Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan Al-Quran akan mengembalikan-Mu ke tempat asalmu”.
5. Apabila pulang semula ke rumah, hendaklah membaca semula doa musafir di atas dan ditambah :
{آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لرَبِّنَا حَامِدُون}
Bermaksud: “ Kami kembali dengan selamat, memohon taubat dari-Mu, akur sebagai hamba-Mu dan kepada-Mu sahaja kami mengucapkan kesyukuran. (sumber)
semoga pengembaraan kita ke Sinai mendapat keredhaaNYA,dan dapat byk ibarah.
wahai musafirin
berdoalah kamu..nescaya doa kamu dimakbulkan
i.ALLAH.
2 comments:
selamat bermusafir!!
terima kasih ya abg ku..hehe,doakan keselamatan adek mu ini
Post a Comment