Showing posts with label serikandi islam. Show all posts
Showing posts with label serikandi islam. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

7 days left..hati tolonglah kuat !!

salam 'alayk

hm
jika lihat pd nombor
mcam lama lagi
tapi.bak kata hukama'
masa itu pedang..bile2 je akan memotong org2 yg leka.*sigh*

***.
my preparation for this coming human assessment (?)
aku hanya mampu berusaha sehabis baik
yg lain aku serahkan pada Allah,
tawakal dan doa
doa itu senjata muslim
moga2.segala usaha d berkati..i.Allah.
makin dekat exam.bisikan syaitan makin bermain2 d hati
once again.a long sighhhhhhhhhhh for that.

entah kenapa.masa ambil wudhu' td..
laju air mata mengalir,lamaaaaaaaaa..T_T
mom,really need u beside me right now..
macam2 bnde berselirat dlm otak ni
body temperature keep rising.since smlm tak sedap bdn
doakan kesihatan saya.please.please.please

***
FB di mataku

sudah beberapa hari jugak diri ni "berjaya" activate FB
walau ade yg akan kate:
"deactivate pastu activate balik,tah ape2"
ak terima kata2 itu
                   terima kasih daun keladi                   
takkn ade siapa yg tahu kenape ak buat itu dan ini
biar Allah sja tahu isi hati ini

***
sudah ku kata dari awal
diri ini mmg ta kuat.
iman ku mmg goyah..
*walau sudah tahu bnde tu salah*
Allah.ampunkan hambaMu
hati ni mmg tidak tenang sejak on FB
nmpk mcm gembira je kan ak on FB tu
tp padahal..Allah je yg tau
rasa mahu je deactivate selama2nya
tp sygkan ukhuwah antara rakan2 yg da lame terputus :( 




Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya  Allah SWT berfirman:

Aku, Tuhan Yang Maha Pengasih, dan sifat kasih sayang itu Aku pecahkan dari salah satu nama-Ku; oleh karena itu, barangsiapa yang menjalin hubungan kasih sayang itu, maka Aku pun menyambung kasih sayang dengannya, dan barangsiapa memutuskan hubungan silaturrahim itu, maka aku memutuskan hubungan kasih sayang dengannya”.



sahabat ikhwah...
bkn sengaja diri tidak approve kalian
bkan sengaja dri ini block kalian* for certain person yg saye mmg ta kenal!*
salahkah sya berbuat demikian krn kita mmg tdak mengenali sesama kita?
(hairan saya,bila sesetngah hamba allah add,dan sye ignore,dan kembali add kemudian di ignore semula oleh saya,dan seterosnya akan mendapat PM di inbox)
-apa tujuannya??-

A: "awak..cantik,solehah"
B: "saya tahun akhir d U***,kos Quran dan Sunnah,final year.tut tutt tuuutt
C: "awak,kenapa tidak reply msg saya"
D: "kenapa awak tak approve saya"

awak itu.awak ini.dan byk lagi.
tuntasnya,mereka bukan sekadar mahu menjadi kawan
tetapi mahu mengenali lebih dari itu
dan menjadi teman istimewa
saya bukan semudah itu..!!


bukan tujuan utk mengaibkan sesiapa
bila mndapat PM dari seorang hamba Allah
berlatar belakang pengajian agama di sebuah institusi terhebat
rasa sedih.pilu.bila mndapat msg yg tdak menggmbarkan  ilmu yg ada di dada
sya bukan yg terhebat utk berdebat ttg ikhtilat
tapi jika ilmu yg telah di didik sedari kecil dulu tidak saya apply?
apa erti hidup saya dgn ISLAM??
cukuplah.cukup!
diri ini utk suamiku.stop.
tidak mahu fitnah itu ini timbul



***

dan tak perlulah kalian menjadi shabat alam maya saya
bukan diri ini sombong!BUKAN!!
cukuplah kalian sbgai sahabat semuslim.saudara seislam saya
maaf jika kalian dapati sy telah DELETE kalian as my friend
saya berbuat demikian utk certain person,bukan semua!
yg saya rase sudah tegur utk berpada2 dlm pergaulan dgn sya
tapi tidak d endahkan.maafkan diri ini
tiada rugi tidak mengenali saya.MAAF sahabat
ak bahagia dgn keterbatasan ikhtilat ini
 ak punya prinsip tersendiri
saya bukan putuskan ukhuwah
tetapi sya menjaga apa yg telah d tetapkn syari'e
walau pedih bila diri d kata sombong
walhal kta tdak pernah bersua muka
mulut manusia tak siapa bole tutup..


~ diri ini hanya utk zauji tercinta ~


Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”

last but not least
mohon maaf atas segala kesilapan
 -stdy groupmate,PBLmate,housemate,coursemate,dan shbt2 lain-

sy mohon doa kalian
doakan kami d beri kejayaan untuk ujian duniawi yg bakal menjelma
doakan kami LULUS dgn cemerlang
doakan hati ini tabah dgn ujianNYA
doakan diri ini thabat dgn haluanNYA

wslm



Monday, April 26, 2010

an-Nisa‘: 'Azaraul jasad wal qalb

salam 'alayk
 usai al-mathurat subuh td,tergerak bukak al-fikrah.
mungkin sbb dihujani dgn soalan2 berkaitan bnde ni oleh sahabiah..
kadang2 tade jwpn mau bg..
da nek saturated kat kepala ni kot...
maybe fikrah  ni bole d jadikan renungan utk akhowat semua

Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Jil an Nasri al Mansyud berkata:

“Yang diharapkan dari seorang wanita ialah menjadi seorang ibu yang menggalakan anaknya untuk syahid, seorang isteri yang mendorong suaminya untuk berjihad, dan melakukan perngorbanan, seorang mukminah yang mewaqafkan diri dan usahanya untuk jalan Allah dan seorang wanita alim menghafaz al-Quran dan Hadis serta melaksanakan apa yang dipelajari untuk Amr Ma’ruf Nahyu Munkar”.

Dr Mustaffa as Siba’i menyatakan dalam bukunya Hakaza ‘Allamatni al-Hayat:
“Jika kamu mahukan kegembiraan dalam kehidupan maka jagailah kesihatanmu. Jika kamu mahukan kebahagiaan di dunia maka jagailah akhlakmu. Jika kamu mahu keberkekalan dalam kehidupan maka jagailah akalmu. Dan sekiranya kamu dambakan semua ini maka jagailah Agamamu.”


***

Wahai hamba yang bernama wanita, sudah ramai yang terbabas kerana cinta. Kerana cinta manusia sanggup merempuh segala batasan batasan agama. Budaya keseronokan, kemewahan, kegembiraan yang melampau dan cinta kepada budaya hedonistic barat telah mengalpakan umat Islam. Sedarkah wahai para wanita rentak yang dilangkahi sekarang ini adalah sebenarnya penuh dengan pengait pengait.

Lihat, betapa ramai beragama tapi agama itu tersudut dari kehidupan mereka. Berapa ramai yang bergelar Huffazul Quran tapi Al-Quran itu tidak menembusi ke dalam dada,hanya sekadar terlekat dihalkum meraka,  Sebenarnya apa yang dipelajari hanyalah untuk melepasi peperiksaan universiti bukan untuk melepasi kemurkaan Allah,yang menjadi matlamat adalah ijazah bukan mardhotillah.

Inilah sebenarnya gambaran intelektual akhir zaman yang dilanda oleh penyakit hubbu Dunia wa Karahiyatul Maut (Cintakan Dunia Takutkan Kematian). Sesungguhnya cinta kepada dunia telah menyebabkan akal menjadi raja dan sumber samawi menjadi hamba.

Wahai wanita yang juga diturunkan al-Quran kepadanya, pasti tidak sanggup meninggalkan apa yang mereka suka walaupun mereka tahu daerah yang mereka diami itu penuh dengan lumpur, pekat hanyir, busuk dan memualkan. Walhal, mereka juga tahu nun di sana ada padang yang penuh kehijauan, dengan udara yang penuh kesegaran dan sungai yang mengalir penuh kedamaian.

Sayyid Qutb, seorang penulis yang menyemarakkan semangat jihad dan perjuangan selepas kematian Ustaz Hassan al Banna pada 1948, sanggup membatalkan pertunangan yang sudah terjalin dengan seorang gadis Kaherah apabila mengetahui bahawa si gadis pernah mencintai seorang lelaki sebelumnya.

Al-Sayyid mahukan cinta yang suci dan kudus.(subhanallah..) Cinta dari seorang wanita yang ‘azaraul jasad wal qalb (dara jasad dan hati). Cintanya tidak kesampaian.Namun beliau telah memperolehi cinta yang hakiki. Sanggup gugur syahid demi membuktikan cinta beliau kepada jihad perjuangan. Malah kesyahidan beliau adalah merealisasikan tuntutan cinta yang sebenarnya.

Anas r.a berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Tiga golongan manusia yang akan mendapat halawatul Iman (kemanisan iman):

1. Golongan yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segalanya
2. Golongan yang tidak mencintai seseorang melainkan hanya kerana Allah
3. Golongan yang membenci untuk kembali kepada ke kufuran sebagaimana beliau benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.” (Riwayat Bukhari)

Kala bercinta, hati hanya dibukakan kepada orang yang dicintai sahaja. Bila gelombang cinta berombak dengan besar, biar apa yang orang kata dan biar apa yang dilakukan bercanggah dengan syariah ilahiyyah serta adat, cinta tetap didahulukan. Begitu kekuasan cinta...Bukit sanggup didaki, lautan sanggup direnangi agar memperolehi apa yang dihajati.
Percayakah, walaupun sudah berkahwin, cinta masih boleh merungkaikan dan meleraikan ikatan perkahwinan yang telah dibina.(nauzubillah)

Budaya kecurangan selepas perkahwinan yang berleluasa di kalangan masyarakat barat sekarang telah menular dengan deras dalam masyarakat Islam. Walaupun setelah berkahwin, setelah aqad dilafazkan, kadangkala manusia tidak mampu menghapus kenangan lama, kenangan bersama insan yang gagal dinikahi.

Kenangan cinta itu akan tetap diabadikan dan disematkan didalam hati sebagai sebuah nostalgia yang tidak mudah terhakis dan terhapus. Bila jiwa bergelora, kala kesunyian, kenangan silam akan bertandang menjengok. “Kau boleh menjamah sekujur tubuhku ini tapi hati dan cintaku telah kuberikan pada si dia“.

Inilah kekuatan dan magnet cinta. Kerana kita adalah hamba yang punya sejuta kelemahan dan kenaifan maka kita tidak boleh membohongi realiti. Tapi realiti harus tahu bahawa ia harus tunduk kepada kuasa Tuhan.

Dr Yusuf al-Qardhawi pernah menyatakan ketika beliau ditanya oleh seorang perempuan, “Apakah hukum seorang perempuan yang sudah bersuami tapi masih menyintai lelaki yang lain?” Lantas jawab beliau,
“Cinta ada dua. Cinta halal dan cinta haram. Cinta halal adalah cinta kepada suami dan cinta haram adalah cinta kepada yang lain.” 

subhanallah.syumulnya ISLAM
He knows the best for us
yang mukhtarah itu sentiasa menanti
^_^

wslm

Friday, April 9, 2010

its what we called a LIFE

salam 'alayk

tiada apa yg mahu d luahkan
sekadar peringatan buat diri dan sahabiah lain

***


its colorful of life
kuatlah wahai diri,duhai hati sang mujahadah
perjalananmu masih jauh beribu batu
beribadah seolah2 kamu mati esok
carilah ilmu tanpa sempadan ini seolah2 kamu hidup beribu2 tahun lagi
tangisan sendirian pengubat segala2nya

la yukalifullahu nafsan ila wus3ha.



wslm



Thursday, April 8, 2010

andai dia Imamku kelak

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada siapapun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran sseorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatku tersadar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku karena Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun karena aku tidak mau membelakangimu.

Aku menghalang diriku dari mengenali lelaki manapun karena aku tidak mau mengenal lelaki lain selainmu, apa lagi memahami mereka. Karena itulah aku sekuat ‘kudrat yang lemah ini’ membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah karena rumah itu tempat yang terbaik buat sorang perempuan. Aku sering merasa tidak selamat dari diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada karena contoh banyak di depan mata.


Aku palingkan wajahku dari lelaki yang asyik memperhatikan diriku atau cuba merayuku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku dari lelaki ajnabi (asing) karena Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.” Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan ALLAH kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga….

Wassalam…

credit to:http://fsialbiruni.multiply.com/journal/item/6


untukmu Rijalku..


Semoga Allah kuatkan hati kt dgn keimanan dan kasih syg..
Moga Allah satukan kita di dunia & akhirat...
amin ya rabbal alamin..


"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi"
-bakal ZAUJAHMU-


p/s:Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya…cukuplah dengan itu hilang harga dirinya…di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah. PELIHARALAH DIRI DAN JAGA KESUCIAN.

p/ss:specially to Aqila.be tough dear. cinta Allah sentiasa bersamamu

Friday, February 12, 2010

musafirlah kamu..

salam alayk

i.allah,mlm ni..12mlm..

kami akan bertolak dari Mansoura

doakan perjalanan dan urusan kami dipermudahkan..

......







Doa Dan Adab Bermusafir

Cetak

E-mail

Mengucapkan takbir الله أكبر tiga kali tatkala menaiki kenderaan.

2. Membaca ayat 13 dari Surah Az-Zuhkruf :

{سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِين}

Bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang mengurniakan kepada kami kenderaan ini yang kami tidak sekali-kali mampu mengendalikannya ( jika tidak dengan pertolongan dan izin-Mu)”.

3. Seterusnya membaca doa musafir:

اللَّهُمَّ إنَّا نَسألُكَ فِي سفَرِنَا هَذَا البِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنْ العَمَلِ ما تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوّنْ عَلَيْنا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالخَلِيفَةُ في الأهْلِ. اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثآءِ السَّفَرِ وكآبَةِ المَنْظَرِ وَسُوءِ المُنْقَلَبِ في المَالِ والأهْلِ والوَلَدِ

Bermaksud “ Wahai Tuhan-ku,sesungguhnya kami memohon darimu segala kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini,dan segala amalan-amalan yang Engkau redhai,Wahai Tuhan-ku,permudahkanlah perjalanan ku ini dan dekatkanlah tempat yang jauh tersebut,Wahai Tuhan-ku,engkaulah penjaga dan penolong-ku dalam perjalananku dan tempat kami menyerahkan urusan keluarga kami.Wahai Tuhan-ku,aku mohon perlindungan-Mu dari kesusahan dalam perjalanan ini,kegelisahan diri dan kesudahan yang buruk pada harta,ahli dan anak.

4. Seterusnya membaca ayat 85 dari Surah Al-Qasas:

{إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ}

Bermaksud: “Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan Al-Quran akan mengembalikan-Mu ke tempat asalmu”.

5. Apabila pulang semula ke rumah, hendaklah membaca semula doa musafir di atas dan ditambah :

{آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لرَبِّنَا حَامِدُون}

Bermaksud: “ Kami kembali dengan selamat, memohon taubat dari-Mu, akur sebagai hamba-Mu dan kepada-Mu sahaja kami mengucapkan kesyukuran. (sumber)


semoga pengembaraan kita ke Sinai mendapat keredhaaNYA,dan dapat byk ibarah.

wahai musafirin

berdoalah kamu..nescaya doa kamu dimakbulkan

i.ALLAH.


Friday, September 18, 2009

sekadar ingatan utk WIRA-WIRA ku *akhwan terchenta :))*

WAHAI KAUM LELAKI..............

janganlah kau cuba mendekati si bunga untuk kau rosakkan kelopaknya...

tapi hadirkanlah dirimu sebagai tuan pemilik yang ingin memetik untuk dijadikan hiasan hari-harimu...dan menjadi sumber inspirasimu...

jangan kau menjadi tangan-tangan kasar yang meragut kecantikannya....
tapi jadilah baja agar kelopaknya bertambah mekar hari demi hari...

sekiranya kau merosakkannya...samalah kau merosakkan ibu dan adik perempuanmu...

kerana mereka juga golongan daripada kelopak-kelopak itu......


dan jika dirimu jatuh cinta....doalah..

Wednesday, August 19, 2009

ku mohon ketenangan dan petunjuk itu Ya Rabb



Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahaya perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.

ameen ya rabbal 'alamin

Monday, July 20, 2009

hmmmmmmmm..layak ke??

LAYAKKAH HADIRNYA CINTA MANUSIA





Layakkah kita mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.
CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"


Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA:


Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN:


Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...

Sunday, July 19, 2009

~masih MENCARI~


ak mencari KEBERKATAN dan KEPERLUAN HIDUP,

ak mendapatinya dalam SOLAT DHUHA,

ak mencari PENERANG alam KUBURku

ak mendapatinya dalam solat MALAM,

ak mencari JAWAPAN untuk menjawab soalan MALAIKAT

ak mendapatinya dalam membaca AL-QURAN

ak mencari alat utk berpegang di titian SIROT,

ak mendapatinya dalam PUASA dan SEDEKAH,

ak mencari naungan ARASY,

ak mendapatinya dalam BERIBADAH kpd ALLAH



~ya allah kuatkanlah imanku,tabahkan ak melalui segala cabaran duniawi ini ya rabb~


Saturday, May 2, 2009

saLAh ke siMpan peRasAaN pD si diA??~

kisah cinta Saidina Ali dengan Fatimah az-Zahra..

menyingkap kisah Saidina Ali dan Fathimah az-zahra.. setelah bernikah, Fatimah berkata kepada Ali, “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah itu, ada seorang pemuda yang aku sangat cinta kepadanya.. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku.. Tapi semuanya itu aku simpan didalam hatiku…” Kata Ali, “Kalau begitu engkau menyesal berkahwin dengan ku?” Jawab Fatimah, “Tidak!! kerana pemuda itu adalah engkau.”

daripada kisah ini.. saya berpandangan.. sebelum itu.. diingatkan sekali lagi.. ini hanya pandangan peribadi.. seorang pelajar.. seorang remaja.. bukan seorang ‘alim dalam hukum.. bukan juga seorang daripada fuqaha’.. jadi.. saya berpendapat.. daripada kisah cinta agung antara Fatimah dan Ali.. Fatimah telah lama mempunyai perasaan terhadap Ali.. dan dia menyimpan perasaan itu.. jadi.. bagi saya.. tidak mengapa mempunyai perasaan terhadap orang lain.. lagipun.. cinta itu fitrah manusia.. cuma.. dalam mempunyai perasaan itu, kita harus tidak terlalu mengikut perasaan sehingga keutamaan hidup kita jadi tunggang langgang.. niat dalam perbuatan-perbuatan kita terpesong.. dan macam-macam lagi.. Allah perlu tetap yang teratas.. jangan tanggungjawab lain terabai hanya kerana cinta..

mungkin sekadar nasihat.. jangan terlalu mengharap.. tetapi jangan terlalu bersambil lewa.. kalau sudah mempunyai perasaan.. usahakan ke arah pernikahan.. ke arah yang halal.. dan cintai sesuatu itu seadanya, kerana takut satu hari nanti, ia menjadi suatu yang dibenci.. begitu juga dalam membenci sesuatu, bencilah seadanya, kerana takut suatu hari, ia menjadi suatu yang disayangi.. yang penting.. kalau sudah mempunyai perasaan, dan rasa sudah cukup kemampuan.. kemampuan ini perlu dinilai secara rasional.. jangan ikut rasa bercinta sahaja.. jangan ingat ingin berkasih sayang sahaja.. susah nanti.. kalau sudah cukup semua kemampuan.. maka usahakan ke arah yang halal.. jika rasa masih banyak perkara lain yang belum cukup.. maka buatlah perkara lain dulu yang lebih utama.. cuma terus2 berdoa.. supaya dikurniakan yang sebaiknya untuk diri sendiri.. dan satu lagi peringatan.. jangan hanya mencari yang soleh dan solehah, tapi jadi yang soleh dan solehah.. supaya nanti mampu membimbing..
sabda nabi s.a.w~barangsiapa yang jatuh cinta,lalu disembunyikan dan menahan diri dgn penuh kesabaran,nescaya ALLAH memberi keampunan kepadanya dan ganjaran syurganNYA~
ya rabbi,jika dia adalah jodohku pertemukanlah kami..hanya kau yang tahu siapa dia d hatiku ini..ameen~

Friday, May 1, 2009

~juRang CinTaNYA..

tanpa terdaya ini..
aku selalu menghampiriMu..
dengan terhad pergerakan begini..
aku lebih mengingatiMu..
tatkala lemahnya diri..
aku hebahkan nasib ini..

dalam keriuhan suasana..
aku terhenti seketika..
ku lihat semula semuanya..

waktu ujian mengundang tiba..
aku khabarkannya pada semua..
aku keluhkan nasib yang menimpa..

sedangkan..
semua itu itu hadir..
dengan rasa cinta..

cintaMu kepada hamba..
cinta yang selalu ku damba..
walaupun sering ku lupa..
malah jarang pula ku usaha..

Kau hadir tanpa ku minta..
sedang aku lari entah ke mana..

Allahu Rabbi..

bila ku renung semula..
hiba menusuk dada..

tatkala cinta singgah ke jiwa..
terasa dekatnya kita..
namun bila ni’matMu di depan mata..
hancur punah rasa cinta..

hilang sudah kasih mesra..
ujianMu aku khabarkan pada semua..
ni’matMu jarang sekali ku hebahkannya..

seolah-olah diriMu hadir ada masanya..

dan masanya..
hanya bila aku memerlukannya..

Allahu Rabbi..

munafiqkah aku?..
apakah aku benar dalam bercinta?..
apakah harapanku ada waktu dan masa?..
mungkinkah takutku hanya seketika?..

Allahu Rabbi..

ampunilah diri ini..

Friday, March 27, 2009

~kaLam bUatmu haWa~

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh emak dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
::ya ALLAH gembirakanlah kamii dengan redhamU::