Monday, April 26, 2010

an-Nisa‘: 'Azaraul jasad wal qalb

salam 'alayk
 usai al-mathurat subuh td,tergerak bukak al-fikrah.
mungkin sbb dihujani dgn soalan2 berkaitan bnde ni oleh sahabiah..
kadang2 tade jwpn mau bg..
da nek saturated kat kepala ni kot...
maybe fikrah  ni bole d jadikan renungan utk akhowat semua

Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Jil an Nasri al Mansyud berkata:

“Yang diharapkan dari seorang wanita ialah menjadi seorang ibu yang menggalakan anaknya untuk syahid, seorang isteri yang mendorong suaminya untuk berjihad, dan melakukan perngorbanan, seorang mukminah yang mewaqafkan diri dan usahanya untuk jalan Allah dan seorang wanita alim menghafaz al-Quran dan Hadis serta melaksanakan apa yang dipelajari untuk Amr Ma’ruf Nahyu Munkar”.

Dr Mustaffa as Siba’i menyatakan dalam bukunya Hakaza ‘Allamatni al-Hayat:
“Jika kamu mahukan kegembiraan dalam kehidupan maka jagailah kesihatanmu. Jika kamu mahukan kebahagiaan di dunia maka jagailah akhlakmu. Jika kamu mahu keberkekalan dalam kehidupan maka jagailah akalmu. Dan sekiranya kamu dambakan semua ini maka jagailah Agamamu.”


***

Wahai hamba yang bernama wanita, sudah ramai yang terbabas kerana cinta. Kerana cinta manusia sanggup merempuh segala batasan batasan agama. Budaya keseronokan, kemewahan, kegembiraan yang melampau dan cinta kepada budaya hedonistic barat telah mengalpakan umat Islam. Sedarkah wahai para wanita rentak yang dilangkahi sekarang ini adalah sebenarnya penuh dengan pengait pengait.

Lihat, betapa ramai beragama tapi agama itu tersudut dari kehidupan mereka. Berapa ramai yang bergelar Huffazul Quran tapi Al-Quran itu tidak menembusi ke dalam dada,hanya sekadar terlekat dihalkum meraka,  Sebenarnya apa yang dipelajari hanyalah untuk melepasi peperiksaan universiti bukan untuk melepasi kemurkaan Allah,yang menjadi matlamat adalah ijazah bukan mardhotillah.

Inilah sebenarnya gambaran intelektual akhir zaman yang dilanda oleh penyakit hubbu Dunia wa Karahiyatul Maut (Cintakan Dunia Takutkan Kematian). Sesungguhnya cinta kepada dunia telah menyebabkan akal menjadi raja dan sumber samawi menjadi hamba.

Wahai wanita yang juga diturunkan al-Quran kepadanya, pasti tidak sanggup meninggalkan apa yang mereka suka walaupun mereka tahu daerah yang mereka diami itu penuh dengan lumpur, pekat hanyir, busuk dan memualkan. Walhal, mereka juga tahu nun di sana ada padang yang penuh kehijauan, dengan udara yang penuh kesegaran dan sungai yang mengalir penuh kedamaian.

Sayyid Qutb, seorang penulis yang menyemarakkan semangat jihad dan perjuangan selepas kematian Ustaz Hassan al Banna pada 1948, sanggup membatalkan pertunangan yang sudah terjalin dengan seorang gadis Kaherah apabila mengetahui bahawa si gadis pernah mencintai seorang lelaki sebelumnya.

Al-Sayyid mahukan cinta yang suci dan kudus.(subhanallah..) Cinta dari seorang wanita yang ‘azaraul jasad wal qalb (dara jasad dan hati). Cintanya tidak kesampaian.Namun beliau telah memperolehi cinta yang hakiki. Sanggup gugur syahid demi membuktikan cinta beliau kepada jihad perjuangan. Malah kesyahidan beliau adalah merealisasikan tuntutan cinta yang sebenarnya.

Anas r.a berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Tiga golongan manusia yang akan mendapat halawatul Iman (kemanisan iman):

1. Golongan yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segalanya
2. Golongan yang tidak mencintai seseorang melainkan hanya kerana Allah
3. Golongan yang membenci untuk kembali kepada ke kufuran sebagaimana beliau benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.” (Riwayat Bukhari)

Kala bercinta, hati hanya dibukakan kepada orang yang dicintai sahaja. Bila gelombang cinta berombak dengan besar, biar apa yang orang kata dan biar apa yang dilakukan bercanggah dengan syariah ilahiyyah serta adat, cinta tetap didahulukan. Begitu kekuasan cinta...Bukit sanggup didaki, lautan sanggup direnangi agar memperolehi apa yang dihajati.
Percayakah, walaupun sudah berkahwin, cinta masih boleh merungkaikan dan meleraikan ikatan perkahwinan yang telah dibina.(nauzubillah)

Budaya kecurangan selepas perkahwinan yang berleluasa di kalangan masyarakat barat sekarang telah menular dengan deras dalam masyarakat Islam. Walaupun setelah berkahwin, setelah aqad dilafazkan, kadangkala manusia tidak mampu menghapus kenangan lama, kenangan bersama insan yang gagal dinikahi.

Kenangan cinta itu akan tetap diabadikan dan disematkan didalam hati sebagai sebuah nostalgia yang tidak mudah terhakis dan terhapus. Bila jiwa bergelora, kala kesunyian, kenangan silam akan bertandang menjengok. “Kau boleh menjamah sekujur tubuhku ini tapi hati dan cintaku telah kuberikan pada si dia“.

Inilah kekuatan dan magnet cinta. Kerana kita adalah hamba yang punya sejuta kelemahan dan kenaifan maka kita tidak boleh membohongi realiti. Tapi realiti harus tahu bahawa ia harus tunduk kepada kuasa Tuhan.

Dr Yusuf al-Qardhawi pernah menyatakan ketika beliau ditanya oleh seorang perempuan, “Apakah hukum seorang perempuan yang sudah bersuami tapi masih menyintai lelaki yang lain?” Lantas jawab beliau,
“Cinta ada dua. Cinta halal dan cinta haram. Cinta halal adalah cinta kepada suami dan cinta haram adalah cinta kepada yang lain.” 

subhanallah.syumulnya ISLAM
He knows the best for us
yang mukhtarah itu sentiasa menanti
^_^

wslm

No comments: